Remaja patah kaki dikasari guru KAFA terima ganti rugi RM47,000

1 Oct 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja patah kaki dikasari guru KAFA terima ganti rugi RM47,000

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki yang patah kaki kanan akibat dikasari guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) pada empat tahun lalu akhirnya mendapat pembelaan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan dia menerima ganti rugi RM47,000.

Hakim Yusrin Faidz Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan plaintif, Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan yang kini berusia 13 tahun.

Beliau mengarahkan dua defendan iaitu guru KAFA terbabit, Ahmad Mursyidin Abdullah, 41, dan majikannya, Yayasan Islam Terengganu (YIT) membayar ganti rugi am kecederaan RM30,000 berserta kos RM17,000 serta faedah terhadap remaja itu.

Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang sebelum ini menolak tuntutan Muhammad Izz Anaqi yang kini berusia 13 tahun pada 16 Februari lalu.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukan menerusi ibu plaintif, Nor Azlina Mohamad Yasin, 41, defendan pertama, Ahmad Mursyidin didakwa telah menghempas mangsa ke atas kerusi pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022.

Muhammad Izz Anaqi yang kini merupakan pelajar sebuah maktab rendah sains Mara (MRSM) tidak dapat berjalan pulang ke rumah selepas kelas telah dirujuk sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya patah berdasarkan imbasan x-Ray.

Sementara itu, bapa Muhammad Izz Anaqi, Mohd  Izwan Ahmad Saidi, 40, berkata, insiden empat tahun itu bukan menyebabkan kaki Muhammad Izz Anaqi) patah malah mendatangkan trauma berpanjangan terhadap anak lelakinya.

“Dia (Muhammad Izz Anaqi) terpaksa memendam rasa dipandang serong sepanjang berada di sekolah rendah ekoran tindakan mengambil tindakan perundangan terhadap gurunya ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja patah kaki dikasari guru KAFA terima ganti rugi RM47,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved