Remaja Perempuan 13 Tahun Maut Terjatuh Kondominium

21 Apr 2026 • 1:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Remaja Perempuan 13 Tahun Maut Terjatuh Kondominium

Remaja Perempuan 13 Tahun Maut Terjatuh Kondominium

GEORGE TOWN, 21 April (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Tanjung Tokong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 6.45 petang.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 16, dan ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat lapan kondominium berkenaan pada 5.49 petang.

Baca juga:

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rozak berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, selain Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan.