'Remaja perempuan bukan dilarikan tapi keluar bersama rakan'

20 Nov 2023 • 9:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MOHD SOHAIMI

PASIR GUDANG - Polis menafikan berlakunya kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilarikan di sebuah stesen minyak di sekitar Masai di sini sebagaimana yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 2.30 petang pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada sekitar jam 4 petang hari yang sama remaja itu telah selamat pulang ke rumah dan memaklumkan keluar bersama rakan sekolah yang dikenalinya.

"Tiada kejadian remaja dilarikan dan pemilik akaun juga telah mengambil tindakan memadam hantaran video tersebut pada hari yang sama.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat atau menularkan kejadian yang telah berlaku ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved