Remaja perempuan ditemukan lemas 

11 Feb 2025 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan lemas di Sungai Kadamaian berhampiran sempadan Kampung Pirasan dan Kampung Piasau, petang Isnin.

Mayat Khairunnisa Ann Kembarudin ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan penyelamat pada jam 3.54 petang hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba yang dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kota Marudu menggunakan kaedah selam, permukaan air dan teknik wave (bot) di kawasan sungai.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Operasi SAR juga dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung di kawasan tepi sungai,” katanya.

Menurut Muhammad Syazwan, operasi ditamatkan pada jam 5 petang.

AdvertisementTerdahulu, mangsa dikhuatiri lemas pada jam 3.55 petang Ahad ketika mandi bersama keluarga di Sungai Kadamaian berhampiran sempadan Kampung Pirasan dan Kampung Piasau.

Difahamkan juga, mereka yang menetap di Nabawan itu pulang ke Kampung Pirasan dan kejadian berlaku selepas mangsa sekeluarga menziarahi pusara arwah ayahnya.

AdvertisementDalam operasi terbabit, sebanyak lapan anggota bomba, termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari BBP Kota Belud, lima anggota unit PPDA BBP Kota Marudu dikerah ke lokasi dengan satu jentera, satu bot, satu pacuan empat roda jenis Toyota Vigo, satu lori dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).