Remaja Perempuan Hilang Dah Ditemui, Rupanya Merajuk Tak Dibenarkan Tukar Kursus Tempat Pengajian

22 Jul 2024 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebelum ini mengenai seorang remaja perempuan, Siti Nur Balqiesh Rasid,17, yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi, Johor telah pun ditemui.

Difahamkan, Siti bertindak lari dari kediaman keluarganya kerana merajuk dan memberontak kerana tidak dibenarkan menukarkan kursus pengajian di sebuah kolej.

Dia yang membawa sebuah beg plastik mengandungi pakaian ditemui di sebuah kedai makan di Pasir Gudang oleh seorang anggota polis bantuan.

Bapa Siti, Rasid Sulaiman, memaklumkan anaknya itu ada bertengkar dengan ibunya berkaitan hasratnya untuk menukar kursus pengajian dan menafikan dakwaan lari bersama teman lelaki.

image is not available

Dia dalam proses sambung belajar peringkat diploma dalam bidang kosmetologi, tapi baru-baru ini dia nak tukar kursus kepada kimpalan atau mesin peralatan.

Pensyarah dia terangkan tidak boleh tukar kursus kerana perlu belajar dari mula dan melibatkan kos lain. Isteri saya ada terangkan masalah ini, namun dia tidak boleh terima.

Terdahulu, pihak polis ada membuat siaran media mengenai kehilangan Siti Nur Balqies kepada orang awam pada hari Khamis lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa, Askar Enggan Akur Arahan PM Bangladesh Temb*k Orang Awam Di Jalanan