Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim

LocalTravel
23 May 2026 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim
Nur Izzati Humaira dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim pada Sabtu.
Image from: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu dan dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

TANJUNG MALIM – Seorang remaja perempuan dikhuatiri hilang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, di sini pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.26 tengah hari.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat iaitu di ketinggian kira-kira 234 meter.

"Bagaimanapun setakat jam 7 malam, mangsa belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini.

**media[3530901]**

Beliau berkata, operasi melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu turut dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Malim Gunung Perhutanan.

“Operasi telah ditangguhkan jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu kerana merupakan kawasan jagaan untuk tindakan lanjut.

"Bantuan tambahan dari BBP Tanjug Malim akan digerakkan sekiranya diperlukan,” katanya.

View Original Article