Remaja Perempuan Maut Dihempap Pokok Tumbang

20 Jan 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 juga mengakibatkan empat kenderaan dan kabel elektrik terjejas. - Gambar Bernama

KUANTAN - Seorang remaja perempuan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berumur 14 tahun itu pada 9 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani pula berkata tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.35 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa perempuan telah dihempap pokok, pasukan bomba telah memberikan bantuan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital dengan kenderaan keluarganya,” menurut beliau dalam kenyataan malam tadi.

Katanya kejadian pokok tumbang itu juga mengakibatkan empat kenderaan dan kabel elektrik terjejas. - Bernama