Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan di Putrajaya

9 Nov 2026 • 9:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan di Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih, Presint 17, Putrajaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata mangsa ditemukan orang awam di kawasan berhampiran bangunan berkenaan kira-kira jam 5.45 pagi.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai terjatuh dari bangunan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16(1) memaklumkan seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah itu meninggal dunia semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved