Remaja perempuan maut rempuh kereta buat pusingan U

31 Oct 2024 • 6:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

REMBAU, 31 OKT: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata Nurul Khaiira Mohd Zamri yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas melanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari rumah di Seremban Jaya menghala ke Tampin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya melanggar sisi kanan kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U dari bahu jalan sebelah kiri arah yang sama dan mahu berpatah balik ke arah Pekan Rembau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa di bawa ke forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat.

Shaik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved