Remaja Sekolah Di Johor Ini Raih Pujian Netizen, Dapat Skor 100 Markah Kertas Sejarah 2 – “Syukur Masih Ada Pelajar Yang Pandai Di Malaysia”

6 Dec 2024 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, tular tentang perkongsian guru yang memaparkan cara anak murid mereka menjawab soalan dan ia menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Namun, perkongsian di TikTok ini membuatkan netizen tidak putus harapan dan membuktikan masih ada pelajar yang belajar bersungguh-sungguh. Hantaran itu dikongsikan oleh pelajar terbabit dan ia memaparkan jawapan dan skor yang berjaya diperolehinya dalam kertas 2 Sejarah.

image is not available

Berdasarkan gambar yang dikongsikan antara soalan yang ditanya adalah tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka, Prinsip Rukun Negara dan Kemerdekaan Malaysia.

Hantaran itu meraih lebih 1 juta tontonan dan pelajar terbabit mendapat pujian daripada masyarakat kerana berjaya memperoleh keputusan sehingga 100 markah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ramai meluahkan rasa syukur dan gembira kerana masih ada pelajar yang pintar dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang selain berusaha menjawab soalan dengan baik.

Dalam pada itu, sesetengah netizen memuji dan mengakui kehebatan pelajar sekolah Temenggung Ibrahim Girl School (TIGS) di Batu Pahat, Johor. Mereka membuat andaian remaja ini merupakan salah seorang daripada pelajar TIGS berdasarkan logo TIGS yang berada di kertas kajang dimuat naik olehnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Letak ‘URL’ & Salin Semula Soalan, Guru Dakwa Mental Dah ‘Mati’ Dengan Sikap Sesetengah Pelajar Zaman Sekarang - “Ini Dah Exam Akhir Sesi Persekolahan”