Seorang remaja perempuan, Siti Umairah Alias (18), maut dalam kemalangan di Jalan Baling-Weng-Tanjung Pari, semalam.
Sebelum kejadian, Siti Umairah sempat makan malam bersama keluarganya di sebuah kedai.
Menurut bapa saudaranya, Mohd. Zulkifli Mohd Yusuf berkata, arwah teringin makan char kuetiau dan malam itu mereka makan bersama ibu dan bapa tiri mangsa. Namun tidak menyangka detik itu menjadi kenangan terakhir mereka bersama.
Lapor Kosmo! Online, kemalangan berlaku ketika Siti Umairah dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kemalangan melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta berdekatan SMK Bongor.
Siasatan awal menunjukkan Siti Umairah menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz dari arah yang sama dengan seorang penunggang motosikal Modenas Kriss warga Indonesia. Kereta Perodua Myvi pula datang dari arah bertentangan.
Apabila tiba di lokasi, warga asing yang berada di hadapan mengubah haluan ke kanan untuk membelok secara tiba-tiba. Tindakan lelaki itu menyebabkan Siti Umairah tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan bahagian Perodua Myvi tersebut.
The post Remaja sempat makan malam bersama keluarga, sebelum maut dalam kemalangan appeared first on The Reporter.


