Remaja Suspek Tembak Di Thailand Kongsi Gambar Peluru, Video Berlatih Menembak

4 Oct 2023 • 6:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Gempar sejak semalam kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok Thailand yang menyebabkan tiga orang maut dan empat cedera.

Bayangkan, suspek tiba-tiba menyerang orang ramai di pusat beli belah menyebabkan suasana panik dan orang ramai lari menyelamatkan diri.

image is not available
Kredit: X BFM News

Ketua Polis Negara Torsak Sukwimol berkata, suspek yang ditahan terlalu keliru untuk disoal siasat. Berdasarkan maklumat awal, suspek iaitu remaja 14 tahun itu merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi.

Lebih parah lagi suspek belum mengambil ubat dan memaklumkan ada yang menyuruhnya tembak orang. Hmm, menakutkan betul!

@ohmedia Kejam! Suspek lepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera #tembakan#siamparagonmall#ohmedia#ohtrending #trending #bangkok#viral ♬ original sound – Oh! Media

Lapor Sinar Harian, polis Thailand membuat pemeriksaan di telefon bimbit suspek dan menemui suspek ada berkongsi gambar peluru dan video menunjukkan dirinya berlatih menembak di group WhatsApp.

Suspek juga suka bermain games berunsurkan keganasan senjata api.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.