Remaja Terkorban Akibat Renjatan Elektrik Bawah Kolong Rumah Di Sandakan

12 Mar 2024 • 10:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tragedi kematian remaja akibat renjatan elektrik

Remaja Terkorban Akibat Renjatan Elektrik Bawah Kolong Rumah Di Sandakan. Satu kejadian tragis telah berlaku di Kampung Datu Pangeran Batu 7, Sandakan, Sabah pada hari Isnin. Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di bawah kolong sebuah rumah.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum anggota bomba tiba untuk mengangkat jenazahnya.

image is not available
Remaja Terkorban Akibat Renjatan Elektrik Bawah Kolong Rumah Di Sandakan. Sumber: Majoriti

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, memaklumkan bahawa pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 11.03 pagi untuk memberi bantuan mengangkat mangsa.

Pihak bomba guna pengusung untuk mengangkat jenazah

Menurut laporan, apabila tiba di tempat kejadian, pasukan bomba bertindak mengangkat jenazah mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Severinus menjelaskan bahawa operasi tersebut ditamatkan pada pukul 11.59 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian berkenaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: