Remaja Terperangkap Dalam Gua Di Thailand 2018, Meninggal Dunia Di UK

16 Feb 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Duangpetch (kanan) ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada Ahad. - Gambar Bernama

BANGKOK - Duangpetch Promthep, seorang daripada 12 kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu pada 2018 dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.

Duangpetch yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada Ahad.

BBC melaporkan bahawa remaja itu menyertai akademi bola sepak di United Kingdom dan meninggal dunia di hospital pada Selasa.

Bagaimanapun, punca kematian belum diketahui.

Media sebelum ini melaporkan remaja itu mengalami kecederaan di kepala.

Duangpetch, sebelum ini merupakan kapten “Wild Boars”, bersama 11 rakan sepasukan yang lain serta jurulatih mereka terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai selama lebih dua minggu.

Misi menyelamat itu menarik perhatian dunia apabila 12 kanak-kanak lelaki berusia antara 11 dan 16 tahun dan penolong jurulatih mereka berusia 25 tahun terselamat selepas terperangkap selama 18 hari.

Duangpetch mendaftar di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicester akhir tahun lepas selepas mendapat tajaan biasiswa.

Sementara itu, Kedutaan British menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan dan keluarga Duangphet.

“Sangat sedih atas kehilangan bakat seperti itu,” menurut kedutaan itu menerusi laman Facebooknya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved