Remaja tikam perut adik hingga mati di Ranau

19 Aug 2023 • 12:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang remaja tempatan ditahan reman kerana disyaki menikam hingga mati adiknya yang berusia sembilan tahun menggunakan pisau, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun bin Lomudin berkata, mangsa lelaki itu meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Ranau.

“Polis menerima laporan pada pukul 11.27 pagi daripada seorang lelaki bahawa adiknya ditikam oleh abangnya sendiri.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di perut oleh abangnya yang berumur 19 tahun ketika kedua-duanya berada di ruang tamu rumah mereka di Kg Kinapulidan kira-kira jam 5.40 pagi,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau, katanya.

Polis sedang menyiasat motif dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.