Reman bapa tiri, ibu kes dera dua anak dilanjutkan

19 Jul 2024 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KEMAMAN - Tempoh tahanan reman terhadap bapa tiri dan ibu kandung yang disyaki mendera dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dilanjutkan empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, permohonan sambung reman bagi kedua-dua suspek berusia 39 dan 26 tahun itu dibuat selepas tempoh reman selama enam hari sebelum ini berakhir pada Jumaat.

"Permohonan lanjutan reman dibuat di mahkamah Kuala Terengganu dan telah diluluskan selama empat hari lagi bermula esok (Sabtu) sehingga Selasa depan.

"Pihak polis sedang melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, polis menahan suspek lelaki yang merupakan seorang buruh kontrak dan isteri di Jalan Jabor Kubur, Chukai di sini kira-kira jam 8 malam pada 13 Julai lalu.

Menurut Hanyan, penahanan suspek dibuat susulan aduan diterima daripada seorang individu yang mendakwa melihat dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dipukul di hadapan rumah mereka sekitar jam 5 petang pada hari yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved