Reman enam polis: Mahkamah Rayuan tetap 15 Ogos untuk SPRM kemuka permohonan

21 Jul 2023 • 5:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh mendengar permohonan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang menolak permohonan reman enam anggota polis.

Ketika dihubungi Bernama, peguam Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan tarikh baharu telah ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut.

Berikutan itu, dua tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 20 Julai dan 14 Ogos telah dilapangkan.

Geethan Ram mewakili tiga daripada enam anggota polis yang SPRM memohon reman kerana didakwa meminta dan menerima rasuah RM5,000.

Bagi tiga lagi anggota polis, peguam Revin Kumar Shasai Kumar, Lavanyia Raja dan Eu Kah Mun telah dilantik secara individu untuk mewakili mereka. -Bernama