Reman suami isteri bantu siasatan kematian ibu dilanjut

8 Jun 2023 • 12:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian sebelum ini.

KANGAR - Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, disambung enam hari bermula Jumaat.

Perintah reman hingga 14 Jun terhadap kedua-duanya yang berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nurhaliza Md Ali bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Pada 2 Jun, pasangan itu dibenarkan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan polis.

Pasangan itu disyaki memukul ibu kepada suspek wanita sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, Arau pada 1 Jun. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved