“Remeh Dan Menyusahkan” – Permohonan Najib Razak Bertanding Pilihan Raya Ditolak

Politics
27 Oct 2022 • 12:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial bahawa bekas Perdana Menteri negara, Najib Razak dikhabarkan akan bertanding pada pilihan raya akan datang, eh betul ke?

Akan tetapi, Najib gagal untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkannya ke persidangan Dewan Rakyat.

Banduan tak boleh bertanding

image is not available

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Najib, selepas permohonannya itu bersifat akademik berikutan pembubaran Dewan Rakyat.

Sehingga pengampunan diberikan, tiada kemungkinan untuk pemohon menjadi ahli Parlimen kerana undang-undang tidak membenarkan seorang banduan untuk bertanding dalam pilihan raya umum. Oleh itu, saya menolak permohonan ini kerana ia remeh dan menyusahkan – Hakim

Beliau juga berkata dengan pembubaran itu, Najib bukan lagi Ahli Parlimen Pekan dan perisytiharan yang dimohon bukan lagi isu yang boleh dipertimbang oleh mahkamah.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.