Remidi Dan Qmed Asia Umum Kerjasama Strategik – Ingin Menambah-Baik Penawaran Penyelesaian Kesihatan Secara Digital

TechnologyDigital
24 Jun 2024 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Remidi dan Qmed Asia kini mengumumkan kerjasama strategik, dimana kedua-dua pihak akan berkongsi kepakaran masing-masing dalam terus menambah-baik penawaran penyelesaian kesihatan secara digital.

image is not available

Untuk makluman, Remidi merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada rekod kesihatan elektronik (EMR), dan digunakan secara meluas oleh lebih 400 buah klinik di Malaysia. Ia menawarkan penyelesaian daripada pengurusan rekod pengguna, sehingga penyelesaian pengurusan klinik.

Sementara Qmed Asia pula memfokuskan kepada inovasi dalam arena kesihatan secara digital, termasuk untuk pendaftaran, pengurusan operasi dan sebagainya.

Dibawah kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak akan menyumbang kepakaran dalam menambah baik pengalaman pengguna, serta operasi klinik atau pusat perubatan secara keseluruhannya. Disamping itu, kedua-dua pihak juga menyasarkan untuk pembangunan melibatkan data raya, kecerdasan buatan dan juga inisiatiff data sains.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved