Rempuh Treler Dan Lori, Warga Emas Temui Ajal

LocalCars
7 Oct 2022 • 11:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kemalangan maut yang melibatkan dua treler dan satu lori ini berlaku di Kilometer 413.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan kira-kira jam 3 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun yang menjadi pemandu bagi treler Mitsubishi meninggal dunia di tempat kejadian.

Langgar dari belakang

image is not available

Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu treler Mitsubishi tersebut melanggar bahagian belakang sebuah lori Isuzu. Disebabkan oleh hentaman kuat dari arah belakang, lori Isuzu itu juga melanggar bahagian belakang sebuah treler Volvo di hadapannya.

Kemalangan berlaku ketika pemandu treler Mitsubishi dalam perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang lori Isuzu dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Lori itu kemudian melanggar bahagian belakang treler Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer selama dua jam. Namun, aliran trafik dibuka semula pada jam 5 pagi tadi. Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.