Renjer maut tertusuk gading gajah

26 Dec 2022 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
(Gambar kecil: Joe Fred Lansou) Mangsa maut akibat tertusuk gading gajah di bahagian perut ketika menjalankan tugas rutin di kandang gajah. (Gambar hiasan gajah) - Foto 123rf

PENAMPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang Renjer Hidupan Liar maut tertusuk gading gajah dalam kejadian di kandang gajah di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Joe Fred Lansou, 49, mengalami kecederaan pada bahagian perut akibat tusukan gading gajah berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, kejadian berlaku ketika renjer melakukan rutinnya di kandang gajah berkenaan.

"Kejadian berlaku ketika renjer berkenaan melakukan rutin di kandang gajah.

"Aktiviti yang dilaksanakan semasa kejadian, mendiang sedang memberikan rawatan dan makanan kepada gajah selain membersihkan kandang berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, mendiang berkhidmat sebagai Ketua Unit Gajah Taman Hidupan Liar Lok Kawi dengan jawatan sebagai Renjer Hidupan Liar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved