
Kejohanan yang dinanti-nantikan, Rentap Fighting Championship (RFC) bakal membawakan aksi Muay Thai antarabangsa penuh mendebarkan di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan pada 16 Mei 2026.
Acara tersebut akan menampilkan pertarungan Muay Thai kategori amatur, separa profesional dan profesional bermula seawal jam 8.30 pagi, melibatkan atlet dari Malaysia serta luar negara dalam pelbagai peringkat pertandingan.
Kemuncak acara dijangka berlangsung pada sebelah malam menerusi Super International Pro Fight Card yang bermula jam 8 malam, menampilkan barisan petarung profesional antarabangsa dalam perlawanan berprestij yang pasti menjanjikan aksi penuh sengit buat peminat sukan tempur.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke venue, kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung dan percuma menerusi laman Facebook serta saluran YouTube rasmi Rentap Fighting Championship untuk tontonan peminat di seluruh Malaysia dan antarabangsa.
Rentap Fighting Championship menyasarkan untuk terus memperkukuh perkembangan sukan Muay Thai di Asia Tenggara selain membuka lebih banyak peluang kepada atlet untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Penonton juga boleh menjangkakan pertarungan menarik, produksi bertaraf profesional serta suasana penuh semangat yang meraikan tradisi dan intensiti sukan Muay Thai.




Selain itu, kejohanan ini turut mencerminkan komitmen RFC dalam memperkasa sukan Muay Thai dan menyediakan platform buat atlet di setiap peringkat, daripada amatur sehingga profesional antarabangsa.
Butiran Acara:
Acara: Rentap Fighting Championship 8.0
Sukan: Kejohanan Muay Thai Antarabangsa
Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan
Sesi Siang: Pertarungan Amatur, Semi-Pro & Pro — Bermula 8.30 pagi
Sesi Utama Malam: Super International Pro Fights — Bermula 8 malam
Kemasukan: Percuma
Siaran Langsung: Facebook & YouTube rasmi Rentap Fighting Championship
