#RENUNGAN Jom Bayar Zakat Fitrah, Ini Beberapa Portal Online Zakat Yang Boleh Digunakan

7 Apr 2023 • 12:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zakat

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar hari ini dah masuk 17 Ramadan umat Islam berpuasa. Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah, korang dah boleh berbuat demikian.

Selain pembayaran kepada amil yang mempunyai kad kuasa, korang juga boleh membayar menerusi online je tau. Jom ikut perkongsian ini.

Kaedah pembayaran zakat

image is not available

Khas buat penduduk Selangor, kadar bayaran zakat masih lagi dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan:

  1. Kadar RM7 – Beras super special tempatan
  2. Kadar RM14 – Beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.
  3. Kadar RM21 – Beras basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf.

Pembayaran boleh dibuat kepada Amil yang telah dilantik secara sah atau dibuat secara atas talian. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membayar zakat melalui portal online yang sahih seperti:

  1. EzakatPay
  2. Perbankan internet
  3. Portal MyEg
  4. Pos Online
  5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Jadi, jangan lupa tunaikan ibadah zakat korang!

Kredit: The Vocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media