Reput di muka & dada, punca kematian Nur Farah Kartini belum dikenal pasti

17 Jul 2024 • 11:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, belum dapat disahkan memandangkan keadaan mayat yang telah reput pada bahagian dada dan muka.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Punca kematian Nur Farah Kartini

image is not available

Datuk Hussein Omar Khan

“Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan tidak bernyawa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, petang Isnin.

Punca kematian Nur Farah Kartini

image is not available

Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

Susulan itu, seorang penjawat awam (polis) berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab. Ghani)