Reputasi rosak! Asyraf Khalid saman Caprice, dakwa 31 hantaran berbaur fitnah

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan usahawan, Asyraf Khalid memfailkan saman terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung hantaran berbaur fitnah yang dimuat naik di media sosial bulan lalu.

Peguam yang mewakili Asyraf, Abdul Hakiem Aiman berkata pihaknya selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Caprice sebagai defendan pada 4 Ogos lalu.

“Terdapat kenyataan fitnah yang diterbitkan oleh defendan (Caprice) di platformnya (Instagram) yang merujuk kepada video teaser (pra-penyiaran) yang akan diterbitkan anak guam saya menerusi podcast (audio siar).
“Hantaran berbaur fitnah itu diterbitkan sebanyak 31 kali menerusi platform defendan,” katanya.

image is not available

Beliau mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding pendengaran injunksi kes berkenaan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Suzana Muhamad Said di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf dalam satu sidang media memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice susulan ‘serangan’ yang dilakukan terhadapnya di media sosial baru-baru ini.

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu berkata segala tuduhan yang dilemparkan berhubung temu bual audio siar dengan seorang lelaki didakwa pernah mencederakan beberapa individu memberi impak terhadap kesihatan mental dan emosinya, selain merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

image is not available

Asyraf Khalid saman Caprice

Katanya, paling mengecewakan apabila kecaman netizen terlalu negatif sehingga dia digelar ‘perogol’, ‘pedofilia’ dan serangan turut ditujukan kepada keluarganya.

Kontroversi tercetus selepas Caprice menyelar tindakan Asyraf menjemput seorang lelaki yang didakwa pernah mencederakan beberapa individu ke program audio siar tersebut.

image is not available

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, mendakwa lelaki berkenaan pernah melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga.

Selain memuat naik semula foto kecederaan mangsa yang didakwa berpunca daripada lelaki terbabit, Caprice turut berkongsi tangkap layar mesejnya bersama Asyraf.

image is not available

Terdahulu, netizen menyerang laman sosial Apa Cerita? Podcast selepas Asyraf memuat naik potongan klip pendek wawancara audio siarnya dengan wajah tetamu tersebut dikaburkan, sehingga menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar jemputan itu.

Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)