Resah ayah tak pulang, pesara tentera ditemukan dalam kebun

28 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Resah ayah tak pulang, pesara tentera ditemukan dalam kebun

BALING – Kebimbangan seorang anak apabila bapanya tidak pulang ke rumah selepas keluar menoreh getah pada pagi semalam, berakhir apabila lelaki itu ditemukan selamat di kawasan kebun getah berbukit di Kampung Charuk Kapas, Kuala Pegang, di sini hari ini.

Mangsa, Shukri Mat Noh, 56, yang juga pesara tentera ditemui oleh penduduk kampung kira-kira empat kilometer (km) dari jalan utama menghala ke tempat dia menoreh getah pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut Nor Faqihah, 24, dia sekeluarga bersyukur apabila bapanya ditemui dalam keadaan selamat dan hanya mengalami sedikit kecederaan pada kaki.

“Ayah keluar menoreh di kebun terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah pada pukul 7 pagi semalam, disusuli adik yang tiba lewat sedikit. Waktu itu adik masih nampak ayah sedang menoreh.

“Namun, kira-kira pukul 11 pagi, adik sudah tidak nampak kelibat ayah dan cuba mencarinya di merata tempat tetapi gagal menemuinya. Kami kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan ayah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesihatan bapanya kurang baik kerana sering terlupa yang mana dia berada tetapi tidak pernah hilang seperti semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, mangsa kemudian dibawa ke pos kawalan bomba dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Baling. – KOSMO! ONLINE

The post Resah ayah tak pulang, pesara tentera ditemukan dalam kebun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved