Resapan air bawah tanah punca mendapan di LPT1

11 Sep 2023 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUANTAN, 11 SEPT: Siasatan awal mendapati berlaku kejadian resapan air bawah tanah yang menyebabkan runtuhan cerun tambak hingga berlaku rekahan di permukaan jalan di Kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah barat di Temerloh, dekat sini.

Pengendali lebuh raya itu, ANIH Berhad dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan pihaknya bersama perunding sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian di tapak projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi tersebut.

“Setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian namun, pihak syarikat dengan kerjasama kontraktor telah menempatkan penanda enapan bagi meneruskan pemantauan keadaan semasa.

“Kerja pembaikan akan dilaksanakan segera oleh kontraktor setelah penyiasatan tapak secara menyeluruh selesai dilakukan dan cadangan pembaikan yang bersesuaian dikemukakan jurutera perunding,” menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memandu dengan berhemah serta sentiasa mematuhi arahan petugas di lokasi kejadian.

ANIH Berhad sebelum ini mengesahkan kejadian mendapan yang dipercayai menyebabkan rekahan di laluan itu dan laluan kontra diaktifkan dari KM116.5 hingga KM119.4 bermula 4.15 petang semalam.

Mendapan itu dipercayai berlaku pada pagi hari yang sama, namun tiada insiden tidak diingini berlaku akibat kejadian itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved