Reservoir Link diunjur catat hasil lebih lemah dalam segmen RE sehingga 4QFY24 kesan kelewatan proses CGPP - PublicInvest

Business & Finance
20 May 2024 • 10:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Reservoir Link diunjur catat hasil lebih lemah dalam segmen RE sehingga 4QFY24 kesan kelewatan proses CGPP - PublicInvest

azan

20/05/2024 - 10:59

KUALA LUMPUR 20 Mei - Reservoir Link Energy Bhd diunjur mencatatkan hasil yang lemah dalam segmen tenaga boleh diperbaharui (RE) sehingga 4QFY24 disebabkan kelewatan dalam memuktamadkan proses Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).

Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) berkata, pembida mesti melengkapkan semua dokumentasi dengan pihak berkuasa sebelum memulakan pembinaan, menyasarkan tarikh operasi komersial (COD) menjelang akhir 2025.

Katanya, permulaan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) selama 12 hingga 18 bulan, mungkin diberikan pada suu ketiga tahun ini adalah penting untuk memenuhi tarikh akhir COD.

"Oleh itu, kami menjangkakan pemulihan hasil segmen RE akan bermula paling awal pada 1QYF25 selepas permulaan kerja pembinaan CGPP," katanya dalam satu nota kajian.

Terdahulu, segmen RE Reservoir Link menunjukkan kelemahan yang ketara, dengan hasil menurun kepada RM16.4 juta daripada RM29.4 juta pada 2QFY24 (penurunan 44.3% dari suku tahun ke suku tahun) dan RM30.9 juta (penurunan 47% dari tahun ke tahun).

Firma penyelidikan itu berkata, hasil bagi segmen minyak dan gas (O&G) kumpulan itu mencatatkan sedikit penyusutan daripada RM17.2 juta pada 2QFY24 kepada RM16 juta pada 3QFY24.

Katanya, penyusutan tu disebabkan oleh musim tengkujuh yang secara tradisinya mengakibatkan pengurangan aktiviti luar pesisir.

"Bagaimanapun, pada asas dari tahun ke tahun, hasil segmen meningkat daripada RM13.9 juta (15.3%), menunjukkan aktiviti luar pesisir yang kukuh untuk tahun ini berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Publicinvest mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) 31 sen sesaham. - DagangNews.com