Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

Cooking
12 Mar 2024 • 5:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SAJIAN Ayam Masak Bawang sedap dan menyelerakan. Tak sah kalau makan menu ala mamak jika tiada hidangan ayam ini.

Menerusi perkongsian Mizah Ngatiman, rupanya menu top di restoran-restoran nasi kandar ini mudah sahaja disediakan.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan

image is not available

1/2 ekor ayam (lumur serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng seperti biasa)
3 biji bawang merah besar (Hiris dan goreng. Banyak lebih menyedapkan)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia (kisar)
Daun kari
Daun pandan
Serai (diketuk)
Rempah empat sekawan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap manis (renjiskan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaaan

1-Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan bersama daun pandan dan serai.

image is not available

2-Masukkan bahan kisar dan biarkan ia pecah minyak.

3-Kemudian masukkan tiga jenis serbuk dan tumis hingga pecah minyak sekali lagi.

image is not available

4-Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air bersama sos tiram, sos cili, garam dan gula secukupnya.

image is not available

5-Renjiskan kicap manis.

6-Biarkan sebentar hingga kuah sedikit memekat dan terus masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

image is not available

7-Masukkan sekali bawang goreng dan gaul rata.

8-Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article