Resipi inti serba guna hasilkan 3 kuih berbeza, popia, tauhu bergedel & wantan, sedap macam kat gerai

Cooking
13 Jul 2023 • 5:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

RESIPI inti kuih serba guna memang ‘awesome’ kerana menjimatkan masa dan duit. Hanya sekali ‘masuk dapur’, anda boleh menghasilkan tiga jenis kuih berbeza iaitu wantan, popia bergedel dan tauhu bergedel.

Kuih-muih ala gerai ini kalau disantap panas-panas memang menyelerakan kan?

image is not available
Kredit foto: Facebook Kak Ina

Jom pelajari cara menyediakan inti kuih serba guna yang mudah milik pengguna Facebook dikenali sebagai Kak Ina.

image is not available
Kredit foto: Facebook Kak Ina

INTI SERBA GUNA (UNTUK WANTAN, POPIA DAN TAUHU BERGEDEL)

Bahan-bahan

1 kg kentang (goreng dan lenyek) [BELI DI SINI]
5 keping dada ayam ( potong kecil dan rebus)
1 kg daging lembu (potong kecil dan rebus)
Daun sup dan daun bawang secukupnya (racik)
Sebungkus kecil bawang goreng [BELI DI SINI]
Cili besar (racik)
Lobak merah (sagat halus) [BELI DI SINI]
Lada sulah, serbuk perasa dan garam secukupnya
Kulit popia, tauhu kering dan kulit wantan

Cara penyediaan

1-Masukkan semua bahan di dalam satu bekas dan gaulkan sebati.

2-Balutkan inti dengan kulit popia untuk menghasilkan popia bergedel.

image is not available
Kredit foto: Facebook Kak Ina

3-Untuk tauhu bergedel, guntingkan bahagian kulit dan isikan inti ke dalamnya.

image is not available
Kredit foto: Facebook Kak Ina

4-Manakala untuk menyediakan wantan goreng, ambil kulitnya dan balut inti membentuk empat segi.

image is not available

5-Apabila siap dibalut, ia boleh dijadikan stok sejuk beku (frozen) atau terus digoreng.

6-Popia dan tauhu bergedel perlu disalut telur sebelum digoreng manakala wantan boleh digoreng begitu sahaja.

image is not available
Kredit foto: Facebook Kak Ina

Sajian snek di atas enak dimakan bersama pencecah cili kicap. Berikut adalah resipinya:

SOS PENCECAH CILI KICAP

Bahan-bahan
Segenggam cili api
4 -5 ulas bawang putih
Sedikit bawang goreng [BELI DI SINI]
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Kicap lemak manis [BELI DI SINI]
Sedikit air limau nipis

Cara penyediaan

1-Kisarkan semua bahan.

2-Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Ina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article