Resipi Mudah & Cepat, Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

FoodCooking
25 Aug 2025 • 12:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Resipi Mudah & Cepat, Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

Bagi penggemar makanan berempah, sotong kari mamak sememangnya antara hidangan yang mampu membuka selera.

Kari sotong merupakan antara hidangan tradisional yang cukup digemari di Malaysia, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur dan Selatan tanah air.

Rasanya yang pekat, berempah dan sedikit pedas menjadikan ia pilihan utama untuk dinikmati bersama nasi putih panas, roti canai, capati mahupun nasi minyak.

Namun begitu, harganya yang agak mahal sering membuatkan pelanggan berasa seakan ‘menggigil’ setiap kali hendak membayarnya. Jadi hari ini, SK ingin kongsikan resipi Kari Sotong ala Mamak yang bukan sahaja menjimatkan wang, malah boleh dinikmati berkali-kali.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @fatihahanapi di bawah ini.

Bahan-bahan kari sotong ala Mamak

Sebelum mula memasak, anda perlu sediakan bahan-bahan terlebih dulu.

Bahan utama resipi ini adalah beberapa ekor sotong. Bersihkan dan potong mengikut saiz yang anda inginkan. Kemudian, sangai dan kisar kering biji ketumbar dan jintan manis.

Bahan-bahan yang lain adalah bawang merah, halba campur, bawang putih (dikisar) dan halia (dikisar), rempah (yang sudah disangai), daun kari serta cili kering (dikisar).

Seterusnya, anda perlu sediakan serbuk kari pedas, satu cawan air, asam jawa, sedikit santan, garam dan serbuk perasa sebagai pelengkap. Tidak dilupakan juga bendi dan tomato yang memberikan rasa serta tekstur seimbang.

Cara-cara memasak

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, halba campur, halia dan bawang putih yang sudah dikisar. Kemudian masukkan biji ketumbar serta jintan manis, daun kari dan sedikit air.

Lanjutan daripada itu, tumis kesemua bahan sehingga menjadi sedikit keperangan.

Langkah yang seterusnya ialah masukkan cili kering yang sudah dikisar dan biarkan ia masak. Bila sudah sedikit garing, tambah rempah kari ikan dan satu cawan air.

Menurut @fatihahanapi, masukkan air sedikit demi sediki (kira-kira 2 hingga kali) sehingga pecah minyak. Tambah satu cawan air, sedikit asam jawa dan gaul rata sehingga ia menjadi tekstur likat.

Seterusnya, masukkan satu per tiga santan kotak kecil ke dalam kari sotong dan gaul sehingga sebati. Jangan lupa tambahkan garam, serbuk perasa secukup rasa.

Akhir sekali, anda boleh masukkan bendi dan beberapa ekor sotong ke dalam kuali. Gaul dan biarkan kedua-dua bahan tadi menjadi empuk lalu masukkan tomato.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Senang kan? Selamat mencuba.

@fatihahanapi

sotong kari mamak . sangai & blend kering: biji ketumbar jintan manis . Tumis: minyak bawang merah hiris halba campur bawang putih & halia kisar rempah sangai daun kari cili kering serbuk kari pedas 1 cawan air (masuk 3x) asam jawa 1 cawan air sedikit santan garam serbuk perasa bendi sotong tomato . Langkah resepi: Lumur semua bahan udang. Goreng sekejap angkat dan ketepikan Sangai semua bahan api kecil sampai naik aroma. blend kasar Tumis bawang, halba campur, daun kari, bawang putih dan halia sampai naik bau masukkan bahan sangai kacau2 masukkan cili giling dan rempah kari kacau2 masukkan asam jawa dan air kacau sehingga pecah minyak masukkan santan perasakan masukkan sayur kacau2 dan udang . Tips: bahan sangai lebih menaikkan aroma kari. wajib ikut tau jangan guna serbuk . #instafood #foodporn #masakmasak #foodie #foodies #menukampung #masakanmelayu #laukkampung #masakankampung #masakanmelayu #resepimudah #easyrecipe #reelsfood #masakanrumahan #resipisimple #masakansimple #instacook #karimamak #resepikari #curryrecipe #curryrecipes #karisotong #karisotongalamamak #squidcurry #indianrecipes #sotongkari #resepisotong #resepsotong #squidrecipe #indiandish #indianfood #mamakfood #indianrecipe #korkmaz #korkmazmalaysia @Korkmaz Malaysia

♬ Har Dil Jo Pyar (Remix) – Stivalova