Resipi roti masak cara kukus, lebih lembut dan gebu berbanding bakar guna oven

Cooking
8 Nov 2022 • 12:59 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HIDANGAN roti sesuai dinikmati bila-bila masa pun. Lebih sedap jika roti dapat dimakan ketika masih panas-panas lagi. Sebenarnya tidak susah pun untuk memasak roti. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak.

Jika anda tiada oven, itu bukan masalah. Roti boleh dimasak dengan cara kukus. Resipi roti yang dimasak dengan kaedah kukus seperti dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad sangat mudah malah hasilnya roti gebu dan menarik. Sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan juga hidangan minum petang.

image is not available

RESIPI ROTI KUKUS GEBU

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan mentega yang dicairkan untuk topping

image is not available

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik dua kali ganda. Selepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulat-bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Boleh guna loyang saiz enam inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6. Balut loyang dengan ‘cling wrap’ tetapi jangan terlalu ketat. Bagi ruang untuk roti mengembang semasa dikukus. Panaskan pengukus.
7. Kukus dengan api sederhana selama 35 minit hingga 40 minit.
8. Apabila roti sudah masak, sapu dengan marjerin atau mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Ia juga enak dinikmati dengan kari atau kuah sardin.

TIP PENTING
– Jika doh lambat kembang, jangan panik. Tunggu sahaja sehingga doh betul-betul kembang kemudian bolehlah dikukus.
– Doh akan mengembang lagi ketika dikukus.
– Jangan balut loyang terlalu ketat semasa mengukus. Roti tidak dapat mengembang dan tidak menjadi gebu.

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi