Resipi Roti Mayonis Keju Tarik, Ringkas Dan Menyelerakan

FoodCooking
28 Aug 2024 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Resipi Roti Mayonis Keju Tarik, Ringkas Dan Menyelerakan

Anak-anak yang sedang membesar diketahui umum sentiasa merasa lapar. Biarpun nasi sudah dihidang, kadang-kala masih tidak mencukupi bagi menghilangkan kelaparan mereka. Situasi ini pastinya membuat para ibu menjadi gundah-gulana.

Jika cucur sudah menjadi kebiasaan di meja makan anda, inilah masanya untuk anda cuba resipi baharu yang pasti menambat hati anak-anak. Jangan risau, dengan hanya menggunakan bahan sedia ada di dapur, resipi ini tidak memerlukan belanja yang besar.

Ikuti perkongsian resipi roti mayonis keju tarik dari seorang pengguna Facebook, Nurhayati Maleq. Resipi ini juga sesuai untuk hidangan ketika sanak-saudara datang bertandang.

Cara menyediakan roti mayonis keju tarik

Bahan-bahan yang diperlukan hanya dua hingga tiga keping roti, sedikit mentega, mayonis, keju mozzarella dan sedikit gula kasar.

Mula-mula sekali, potong sekeping roti kepada empat bahagian. Roti akan menjadi panjang-panjang seperti jejari roti. Kemudian, sapukan mentega dan mayonis pada jejari roti.

image is not available
Gambar: Nurhayati Maleq via Facebook

Setelah siap, taburkan keju mozzarella di atas jejari roti tadi. Kemudian, masukkan jejari roti ke dalam air fryer. Jangan tertukar pula, hanya keju mozzarella yang dapat berikan kepuasan dengan kesan tarik yang panjang.

image is not available
Gambar: Nurhayati Maleq via Facebook

Untuk membakar, tetapkan air fryer pada suhu 180 darjah Celsius dengan tempoh masa membakar selama lima minit. Namun, peringatan dari SK, setiap air fryer mempunyai takat membakar yang berbeza jadi anda boleh cuba lakukan eksperimen terlebih dahulu agar tidak membazir.

Selain air fryer, anda juga boleh gunakan ketuhar.

Setelah tamat membakar, taburkan sedikit gula kasar. Tidak perlu taburkan gula dengan banyak kerana ia boleh merosakkan rasa keju, mayonis dan mentega tadi.

Walaupun disarankan untuk menabur gula ketika jejari roti masih hangat, anda diminta berhati-hati ketika membuka air fryer. Pastikan tangan anda tidak terkena udara panas atau dinding bekas air fryer ketika menabur gula.

Roti mayonis keju tarik, siap untuk dimakan. Rasa masin, manis penuh aroma mentega dengan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam pasti menambat hati anak-anak.

Selamat mencuba.

View Original Article