Resipi sayur meranti masak lemak keledek, tambah sedap makan dengan sambal belacan, ikan masin

FoodCooking
22 Nov 2022 • 6:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MENU masakan kampung menjadi kegemaran pelbagai peringkat usia. Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan anda makan bertambah-tambah. Apatah lagi jika digandingkan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.

Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Jika pulang ke kampung, selalunya inilah hidangan yang ditagih untuk disediakan oleh ibu tersayang.

Hanya pucuknya sahaja dimasak untuk dijadikan menu sama ada kuah lemak, tumis air, tumis kering atau sekadar dicelur untuk dijadikan ulam. Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.

image is not available

RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK

Bahan:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong) [ BELI DI SINI]
Udang secukupnya [ BELI DI SINI]
Ikan bilis /udang kering [ BELI DI SINI]
Bawang besar (dihiris) [ BELI DI SINI]
Bawang putih (dihiris) [ BELI DI SINI]
Cili merah (dihiris) [ BELI DI SINI]
Garam secukup rasa [ BELI DI SINI]
Santan [ BELI DI SINI]

image is not available

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.

2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan. [BELI DI SINI]

3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.

4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan. Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan. [BELI DI SINI]

INFO TENTANG SAYUR MERANTI:

  • Tumbuhan liar daripada keluarga Solanaceae
  • Ia adalah tumbuhan renek setinggi 30 sentimeter (cm) hingga 120 cm dengan dahan yang lembut dan daun berwarna hijau gelap.
  • Dianggap sebagai rumpai di kawasan kebun kerana pokok ini tumbuh sendiri terutama selepas aktiviti menebang pokok getah dan tanah terdedah kepada cahaya matahari.
  • Ukuran bunganya juga kecil sekitar 5 milimeter (mm) hingga 8 mm sahaja, Ia menghasilkan buah berbentuk beri yang kecil berwarna hijau.
  • bahagian yang digunakan untuk dijadikan sayur adalah bahagian daun yang masih lembut (pucuk) dan dipetik dengan tangan.

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi