Respon Gadis Tak Mahu Dating Lelaki Dari Kelantan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 12:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap individu mempunyai kriteria tersendiri dalam menjadikan seseorang itu sebagai pasangan.

Kebiasaannya, ramai yang akan menilai seseorang dari segi sikap dan personaliti sebelum dijadikan kekasih.

Namun, siapa sangka ada juga yang akan menilai dan melihat dari faktor geografi seperti negeri asal seseorang sebelum membuat keputusan.

Majoriti Gadis Tak Mahu Dating Dengan Lelaki Kelantan

Begitu juga dengan sekumpulan gadis tempatan yang enggan memilih atau mengenali lelaki dari satu negeri untuk dijadikan pasangan.

Menerusi satu video survei yang dikongsikan semula di platform X @bckupacc99, seorang wanita telah menemu bual beberapa orang gadis tentang lelaki dari negeri mana yang mereka tidak akan date.

Apa yang menjadi perhatian adalah majoriti gadis tersebut memberikan jawapan yang sama iaitu negeri Kelantan.

Ada juga seorang gadis yang menyuarakan pendapatnya tidak mahu dating bersama lelaki dari Terengganu.

Pilihan Jawapan Disebabkan Pelbagai Faktor

Melalui perkongsian itu, majoriti daripada mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu memilih lelaki Kelantan.

Ada di antaranya yang menjelaskan tiada sebab tertentu mengapa lelaki Kelantan bukan pilihan. Namun, ada juga yang menjadikan faktor bahasa dan lokasi yang jauh sebagai alasan.

Tidak kurang juga yang mendakwa mempunyai pengalaman sendiri serta mendengar pengalaman orang lain tentang individu dari negeri tersebut menyebabkan mereka enggan memilih lelaki dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“I pernah ada nampak, bukan lelaki tapi perempuan (Kelantan) tulah punca. So, I dah nampak semua, semua sama je,” kata salah seorang gadis tersebut.

Malah, di akhir video berkenaan, wanita yang menjalankan temu bual itu turut meminta pendapat dari sesiapa sahaja yang melihat video mengapa orang ramai tidak mahu menjadikan lelaki Kelantan sebagai pilihan.

“Nampaknya ramai juga yang tak setuju dengan orang Kelantan kan? Korang macam mana?

“Dan boleh dapat makan budu, dapat makan macam-macam lagi. Boleh tak korang bagikan sebab, kenapa?” tanya gadis itu.

Jawapan Gadis Tak Nak Lelaki Kelantan Sebagai Teman Date Undang Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 845,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila mendengar respon dari gadis tersebut.

Bagi mereka, setiap orang mempunyai keperibadian dan sikap masing-masing yang bukanlah dapat dinilai melalui sesebuah negeri.

Malah, faktor tempat kelahiran dan dibesarkan tidak boleh menjadi pengukur dalam menilai keperibadian seseorang.

Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri berkawan dengan individu dari negeri Kelantan.

Berikut antara komen pengguna X:

“Jangan Tak Nak Kelantan Sangat Sebab Nanti Dapat Juga Lelaki Kelantan Macam Saya”

image is not available

“Selalu Yang Tak Nak Kelantan Ini La Dapat Lelaki Kelantan, Macam Wife Saya”

image is not available

“Eleh, Kalau Tiba-Tiba Khairul Aming Mengorat, Auto Hilang La Tak Nak Kelantan Tu”

image is not available

“Tahun 2024 Ini Masih Ada Lagi Yang Mempunyai Mentaliti Pukul Sama Rata, Tiada Yang Perfect”

image is not available

“Saya Tiada Masalah Dengan kelantan Sebab Dua Ex Saya Dari kelanta. Kalau Lepas Ni Dapat Lagi Dari Kelantan, Harap Ada Highway La Nak Pergi Sana”

image is not available

Source: