
‘Matrix Telah menghantar Ejennya’ – Respons Andrew Tate Selepas Diberkas
Semalam, media sosial dikejutkan dengan penahanan bekas peninju profesional dan pempengaruh media sosial, Andrew Tate oleh Polis Romania bagi membantu siasatan diatas dakwaan penglibatan dalam jenayah pemerdagangan manusia, penglibatan dalam kumpulan jenayah terancang antarabangsa dan juga rogol.
Pagi ini, menerusi platform Twitter, Tate telah memberikan respon pertamanya selepas penahanan tersebut. Bagaimanapun, tweetnya menimbulkan tanda tanya selepas banyak pihak.
”Matrix telah menghantar ejennya,” kata Tate dalam ciapan tersebut.
Tate bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung ciapan berkenaan. Walaupun sukar difahami, ciapan tersebut nampaknya berjaya menarik minat pengguna media sosial apabila mendapat lebih 900 ribu tanda suka dan diulang kicau lebih 100 kali. Malah, ciapan berkenaan juga menerima lebih 14 ribu komen.
The Matrix sent their agents.
— Andrew Tate (@Cobratate) December 30, 2022
Terdahulu, media melaporkan perbalahan Tate dengan seorang aktivis alam sekitar, Greta Thumberg mungkin menjadi titik tolak penahanannya oleh polis Romania.
Tate baru-baru ini memuat naik satu video bagi membalas balik satu ciapan yang dibuat oleh Greta yang ditujukan kepadanya.
”Dia tidak tahu bahawa dia telah diprogramkan, dia tidak sedar bahawa dia adalah hamba kepada Matrix,” adalah sebahagian daripada ucapan yang dilontarkan oleh Tate dalam video tersebut.
Bagaimanapun, dalam video yang sama, Tate juga dilihat memegang dua kota pizza yang menunjukkan bahawa dia ketika itu berada di Romania.
Video berkenaan dikatakan sedikit sebanyak memberikan info berkenaan lokasi Tate kepada pihak berkuasa sekaligus satu serbuan dibuat di kediamannya di Voluntari, Bucharest. Turut ditahan dalam serbuan itu adalah abang kepada Tate, Tristan.
Thank you for confirming via your email address that you have a small penis @GretaThunberg
The world was curious.
And I do agree you should get a life
https://t.co/mHmiKHjDGH pic.twitter.com/SMisajQRcf
— Andrew Tate (@Cobratate) December 28, 2022
Selepas itu, tular rakaman yang menunjukkan Tate dan abangnya dalam keadaan bergari dibawa keluar oleh pihak polis dari sebuah villa mewah mereka.
Kedua-duanya ditahan dan disiasat oleh pihak Directorate for Investigating Organised Crime and Terrorism (DIICOT) Romania.
Semasa dibawa keluar oleh pihak berkuasa, Andrew Tate turut menjerit ‘orang-orang Matrix telah menyerang saya’ ke arah kamera yang merakam kejadian tersebut.
Mengikut rekod, Tate dan Tristan dalam perhatian pihak berkuasa sejak April lagi selepas seorang wanita warganegara Amerika Syarikat mendakwa telah ditahan secara paksa di kediaman milik Tate.
Tate kemudian ditahan ketika itu untuk membantu siasatan dan dibebaskan semula. Namun, siasatan kes berkenaan terus berjalan dan tidak pernah ditutup.
Tate dan abangnya merupakan bekas peninju profesional warga United Kingdom. Mereka berpindah ke Romania pada 2017.
Sumber: Metro.uk
The post Respon ‘Pelik’ Andrew Tate Selepas Ditahan Polis, Dakwa “The Matrix Telah Menghantar Ejen Mereka” appeared first on Siakap Keli.



