Respon Shuhada Bila Dapat Tahu Hafidz Roshdi Nikah Dengan Athira Yuhada

16 Dec 2023 • 3:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pernah dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga, Nurul Shuhada tumpang gembira dengan perkahwinan bekas suaminya, Hafidz Roshdi bersama kekasih, Athira Yuhada.

Kata Shuhada, memiliki Athira merupakan hajat Hafidz ketika mereka masih bergelar suami isteri lagi. Ibu kepada dua orang anak ini menerima dengan hati terbuka pilihan yang dibuat aktor tersebut.

Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini.

Malah, berita perkahwinan yang dibuat bekas suami membuktikan dirinya tidak berbohong mengenai kehadiran orang ketiga sebelum ini.

image is not available

Februari lalu, Shuhada menerusi luahan di Instagram Story mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga dan memberi bayangan suaminya berlaku curang.

Awal Mac pula, Hafidz Roshdi didakwa memukul Shuhada di bahagian muka sehingga menerima 10 jahitan.

Hafidz bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.