Restoran Masakan Cina Mesra Muslim Autentik Harus Cuba!

Food
23 Sep 2022 • 10:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
The Afternoon Tea Dim Sum, antara hidangan yang disajikan di In Colonial. - Gambar ihsan In Colonial

Restoran masakan Cina mesra muslim, In Colonial sudah pun bertapak di Intermark Mall sejak tahun 2014 lagi.

Situasinya yang strategik di antara dua menara, iaitu The Integra dan Vista menjadikan ia sebuah restoran yang bukan sahaja sesuai untuk sesi perjumpaan perniagaan, bahkan sesi makan besar bersama keluarga dan sahabat handai.

image is not available
Antara hidangan yang disediakan di restoran In Colonial.

Hanya menggunakan 100 peratus bahan halal, pasukan dapurnya diketuai cef-cef yang berpengalaman dalam menggabungkan rasa timur dan barat untuk satu hidangan masakan rakyat Malaysia berketurunan Cina yang sebenar.

Dengan tema kolonial, restoran ini memelihara keaslian masakan Cina Malaysia yang asli dalam persembahan makanan yang memukau dan memikat selera.

image is not available
In Colonial sudah pun bertapak di Intermark Mall sejak tahun 2014.

Pada Jun 2022, In Colonial memperkenalkan The Afternoon Tea Dim Sum, seleksi menu dim sum yang diperbuat sepenuhnya di dapur. 

Menariknya, restoran ini juga tidak sembarangan menggunakan paket dim sum segera untuk menu dim sumnya bagi memberi pelanggan merasai hidangan dim sum yang sebenar.

Malah, pengunjung juga akan dibuai dengan keasyikan lagu-lagu R&B dan klasik pada setiap hari Jumaat dengan persembahan kugiran secara langsung oleh The EZ Band.

Kini, In Colonial sudah bersedia dan berlapang dada untuk mengalu-alukan kedatangan para pecinta masakan Cina Malaysia. 

Dalam kelas tersendiri, tanpa kompromi tentang kualiti, In Colonial menjadi salah satu restoran mesra muslim yang harus anda kunjungi. - Getaran, 23 September 2022