Restoran ‘Thai Hot Guys’ Dibuka Di KL? Netizen Bimbang Malaysia Kena Bencana

LocalFood
7 Jul 2025 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Restoran terkenal di Thailand iaitu Staneemeehoi yang sering mencetuskan kontroversi dengan menampilkan para pelayan lelaki bertubuh sasa, menggayakan pakaian dalaman wanita memberi bayangan bakal membuka cawangannya di Kuala Lumpur.

‘Thai Hot Guys’ dibuka di KL?

image is not available

Menerusi kenyataan rasmi restoran itu, memaklumkan mereka yang sebelum ini berlokasi di Huamum Night Market, Lat Phrao, Bangkok, hanya akan berada sehingga 31 Julai ini sahaja selepas sembilan tahun beroperasi kerana bakal berpindah ke satu tempat yang baharu.

Tindakan itu diambil bagi mengikuti kontrak sewaan yang tamat di Huamum Night Market, namun penutupan itu hanya sementara waktu dan pihaknya juga masih aktif mencari beberapa lokasi sesuai di sekitar Bangkok.

Dalam pada itu, pengasas restoran tersebut turut memberitahu buat rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan berkunjung ke Sathaneemeehoi di Bangkok, mereka mendedahkan beberapa perancangan awal iaitu berkemungkinan akan mengembangkan lagi perniagaan ini di sekitar Kuala Lumpur.

image is not available

Foto: World Of Buzz

Meninjau ke ruangan komen, warganet menzahirkan rasa kecewa sekiranya restoran itu dibenarkan dibuka di Malaysia kerana budaya yang dibawa amatlah bertentangan dengan Islam dan mempunyai unsur lucah yang keterlaluan.

Malah ada juga segelintir wargamaya yang bukan beragama Islam meluahkan rasa gembira mendengar pengumuman tersebut dan tidak sabar bagi memberikan sokongan dan berkunjung ke restoran itu sekiranya sudah mula beroperasi di dalam negara.

Selamat datang ke Malaysia

image is not available

Tak boleh pakai pakaian seksi

image is not available

Malaysia ada peraturan

image is not available

Terdahulu, mereka pernah menuai kontroversi di Malaysia apabila melakukan persembahan dalam sebuah acara pembukaan rasmi sebuah bar di Kuala Lumpur dengan melayan tetamu dengan gimik berpakaian dalam wanita.

Sumber: Facebook Dee Wow

View Original Article