
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sempena Ramadan kali ini, cawangan nasi padang terkenal Bumbu Babah menawarkan pakej berbuka puasa, Babah Signature Set.
Jenama yang diasaskan oleh pelawak Ajak Shiro ini sememangnya menjadi pilihan dalam kalangan penggemar nasi padang di dalam negara.
Lebih menarik lagi, set ini dihidangkan di dalam kotak sekali gus memudahkan pelanggan untuk memesannya bagi ‘take away’. Reka bentuk kotak yang elegan juga menjadikan hidangan ini sesuai untuk diberikan kepada tetamu yang hadir ke rumah untuk berbuka bersama.
5 Pilihan Babah Signature Set Dengan Lauk Berbeza
Terdapat lima pilihan Babah Signature Set yang masing-masing berharga RM27.90 (ahli) atau RM31 (bukan ahli), iaitu:
Signature Set A
- Nasi Padang
- Gulai Urat
- Ikan Keli Goreng
- Sambal Kering Tempe Ikan Bilis
- Air Cincau atau Ice Lemon Tea (Tin)
Signature Set B
- Nasi Padang
- Rendang Daging
- Paru Goreng
- Sambal Kering Tempe Ikan Bilis
- Air Cincau atau Ice Lemon Tea (Tin)
Signature Set C
- Nasi Padang
- Gulai Ayam
- Rendang Daging
- Sambal Kering Tempe Ikan Bilis
- Air Cincau atau Ice Lemon Tea (Tin)
Signature Set D
- Nasi Padang
- Ikan Keli Goreng
- Gulai Ayam
- Sambal Kering Tempe Ikan Bilis
- Air Cincau atau Ice Lemon Tea (Tin)
Signature Set E
- Nasi Padang
- Dendeng Batokok
- Gulai Ayam
- Sambal Kering Tempe Ikan Bilis
- Air Cincau atau Ice Lemon Tea (Tin)
View this post on Instagram
Review Babah Signature Set E
Pada kali ini, penulis telah memilih Babah Signature Set E untuk berbuka puasa, yang merangkumi hidangan Dendeng Batokok dan Gulai Ayam.
Di samping hidangan yang dinyatakan di atas, set ini turut dilengkapi dengan sayur-sayuran, telur rebus, sambal hijau dan sambal balado — antara elemen penting dalam nasi padang. Untuk dine-in, pelanggan turut diberikan kurma percuma.
Sayur-sayuran yang diberi bergantung kepada apa yang tersedia. Ketika itu, penulis dan rakan diberikan singkong rebus bersama kobis goreng.
Walaupun hanya minuman tin yang diberikan secara percuma, tetapi pelanggan turut diberikan dengan secawan ais. Memang lega tekak berbuka lepas seharian berpuasa.

Portion set ini memang kelihatan amat banyak dengan dua lauk utama dan beberapa hidangan sampingan. Berbaloi! Tapi macam mana pula dengan rasanya?
Bagi main dish, Gulai Ayam tidaklah begitu pedas dan sesuai dimakan oleh mereka yang kurang pedas. Orang kata rasa pedas di hujung-hujung je. Bila makan bersama sambal balado atau hijau, rasanya jadi lebih seimbang.
Namun bagi Dendeng Batokok, kami berpendapat rasanya hanyalah seperti daging goreng biasa serta tidak cukup pedas dan berempah. Ia juga agak keras dan ‘chewy’ dan tidaklah kelihatan seperti dendeng yang sepatutnya.

Side Dish Lengkapkan Rasa Hidangan
Sememangnya side dish melengkapkan rasa hidangan berbuka kami, lebih-lebih lagi apabila digaulkan bersama makanan utama.
Sambal Kering Tempe Ikan Bilis mempunyai rasa yang agak manis dan sesuai dipadankan dengan keseluruhan hidangan untuk lebih melengkapkan rasanya.
Sayur singkong pula mempunyai rasa yang amat sedap dan menyeimbangkan hidangan, tetapi sayur kobis yang diberikan biasa-biasa sahaja.
Sambal hijau dan sambal balado pula mestilah star hidangan ini! Walaupun cuma sambal, tapi tak lengkap nasi padang kalau tak ada dia kan? Rasanya seimbang dengan rasa pedas, masin dan manis, serta tidaklah terlalu pedas berdesing sampai tak boleh makan.
Kami rate Set E ini 7/10. Bagi kami, hidangan secara keseluruhannya tidaklah begitu menonjol, tetapi kami amat gemarkan kuah gulai yang dimakan bersama sambal.
Yang pastinya hidangan ini memang berbaloi dengan portion yang banyak dan pelbagai lauk pauk! Tapi jangan lupa daftar keahlian untuk dapat harga lebih murah. Percuma sahaja.

Babah Family Set: Hidangan Lengkap Bagi 2, 6 Atau 10 Pax
Nak berbuka bersama keluarga? Jangan risau, Bumbu Babah turut menyediakan set khas bagi 2 pax, 6 pax atau 10 pax dengan pelbagai lauk-pauk yang pasti mengiurkan.
Harga Babah Family Set bermula dari RM55 dan semestinya lebih jimat berbanding memesan Signature Set.
View this post on Instagram
