[Review] Buka Puasa Di KyoChon Dengan Ayam ‘Rendang Series’? Memang Berbaloi!

FoodSales & Promo
2 Mar 2026 • 11:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bulan Ramadan sememangnya berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Siang hari kita menahan lapar dan dahaga, dan apabila hampir waktu berbuka, pelbagai pilihan makanan mula bermain di fikiran.

Dalam banyak pilihan yang ada, terlintas pula nak cuba berbuka di rangkaian ayam goreng Korea, KyoChon 1991 Malaysia selepas terlihat iklan restoran berkenaan tentang kembalinya “The Rendang Series” sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Malah mereka turut mengadakan promosi istimewa untuk ayam Rendang Series bersempena bulan mulia ini dan Hari Raya Aidilfitri.

image is not available

Jadi penulis pun membuat tempahan untuk berbuka di KyoChon Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Secara ringkasnya terdapat tiga (3) pakej dine-in untuk Rasa Korea, Penuh Raya dengan Ayam Kyochon sempena Ramadan dan Hari Raya iaitu Single Combo, Couple Combo dan Family Combo.

Pakej ini merangkumi:

Single Combo (RM30)

4x Rendang Wingette & Drumette
1x Rendang Drumstick
1x Nasi Kukus
1x Air
1x Pencuci mulut (3pcs Dessert Dots)

Couple Combo (RM60)

12x Rendang Wingette & Drumette
2x Nasi Kukus
2x Air
1x Side Dish
Pencuci mulut (Durian Dots / Melona Ice-cream)

Family Combo (RM110)

1x Rendang Whole Chicken
4x Nasi Kukus
4x Drinks
2x Side Dishes
Pencuci mulut (Durian Dots / Melona Ice-cream)

Jadi bagi sesi berbuka puasa kali ini, penulis memilih untuk mencuba pakej Single Combo (RM30) bersama set popular mereka, Mix Series (12 pcs Wingette dan Drumette) yang berharga RM36.

Kami turut mengambil pakej naik taraf ‘Combo It Up’ RM10 yang memberikan tambahan:

1x Nasi Kukus
1x Acar Lobak
1x Sup Rumpai Laut
1x Air

image is not available

[REVIEW]

RM30 Single Combo Rendang Series (8.5/10)

Sebagai penggemar ayam, berpeluang merasai ayam goreng rangup Korea yang disalut sos rendang ini sebenarnya memberikan penulis satu perspektif baru tentang ayam KyoChon. Yelah, bukan selalu dapat makan ayam goreng Korea yang diadaptasi mengikut selera tempatan. 

Bagi pakej ini, kami mendapat 4 ketul Rendang Wingette & Drumette serta 1 ketul Rendang Drumstick.

Boleh dikatakan menu ayam bersalut rendang ini agak enak dan benar-benar sesuai untuk rakyat Malaysia yang gemarkan juadah rendang.

Jika dilihat, teksturnya kelihatan agak ‘kering’ seperti ayam Soy Garlic KyoChon dan berbeza dari juadah rendang tradisional yang biasa kita makan (lebih berminyak dan basah), tetapi setiap gigitan memberikan rasa rendang yang sempurna baik dari segi lemak dan manisnya. Malah aromanya juga menyelerakan.

image is not available

Jadi buat penggemar rendang, kami sendiri mengesyorkan untuk anda cuba dan rasa sendiri juadah edisi terhad ini.

Bagi set ini kami memilih air Creamy Bandung, sirap bandung versi KyoChon yang baru dilancarkan. Rasanya? Memang sedap!

Selain Creamy Bandung, pilihan air yang ada adalah seperti:

  • Red Dates Delight (air baharu)
  • Coca-Cola Rasa Asli
  • Coca-Cola Zero Sugar
  • Sprite
  • Fuze Tea Ice Lemon

Kami turut menerima pencuci mulut, Durian Dots iaitu bebola goreng berintikan durian. Memandangkan penulis bukan penggemar durian, jadi rasanya mungkin tak kena pada tekak. Tapi keluarga penulis agak menggemarinya, seperti yang mereka sebut, “Luar crunchy, dalam juicy.”

Keseluruhannya penulis memberi 8.5/10 untuk RM30 Single Combo Rendang Series ini.

P/S: Kalau anda datang berdua atau berkumpulan dan hanya berminat nak makan rendang series, mungkin boleh cuba Couple Combo atau Family Combo.

View this post on Instagram

A post shared by KyoChon 1991 Malaysia (@mykyochon)

Mix Series + RM10 Combo It Up! (9/10)

Ayam goreng Mix Series yang kami pilih adalah campuran Wingette + Drumette bersalut Red Pepper + Honey Garlic. Rasanya juadah ni tak perlu diulas lagi kerana ia sememangnya salah satu kegemaran ramai rakyat Malaysia yang selalu menjamu selera di KyoChon 1991.

image is not available
Foto sekadar ilustrasi

Rasa ayam goreng Red Pepper yang pedas manis serta ayam goreng Honey Garlic yang “manis-manis madu” dan “juicy” membuatkan waktu berbuka puasa kami terasa begitu nikmat.

Asalnya kami tidak bercadang untuk mencubanya, tapi memandangkan sesi berpuasa kali ini ada promosi menarik “RM10 Combo It Up!” jadi kami pun menggabungkan Mix Series dengan kombo ini.

Dengan hanya tambahan RM10, kami mendapat 1 nasi kukus, 1 mangkuk sup rumpai laut, 1 acar lobak putih dan air pilihan (kami pilih Sparkling Plum Fruit Tea) untuk disesuaikan bersama 12 ketul ayam Wingette dan Drummette dari Mix Series ini.

image is not available

Air Sparkling Plum Fruit Tea ni pun ‘not bad’, kalau anda kaki minuman soda dan sukakan buah plum, air ini sememangnya untuk anda.

Sememangnya pesanan ini sangat berbaloi dan sesuai untuk orang berpuasa yang memerlukan protein (dari ayam) serta karbohidrat, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi.

Bagi gabungan ayam Mix Series dan RM10 Combo It Up! ni kami berikan rating 9/10 kerana rasanya yang sempurna, diet yang seimbang dan yang paling penting berbaloi dengan harganya lebih-lebih lagi untuk kami bertiga.

Secara keseluruhannya, harga makanan bagi pesanan kami adalah RM76, tidak termasuk SST (6%) dan caj servis (10%).

Dari segi harga dan rasanya, kami berpendapat sesi buka puasa kali ini sangat berbaloi justeru anda di luar sana patut cuba berbuka puasa di KyoChon 1991.

Untuk buat tempahan berbuka di KyoChon sila tekan di [SINI].

KyoKrunch Raya Pack

Oh ya, kalau tadi promosi dine-in bukan? Sebenanya KyoChon juga turut menawarkan KyoKrunch Raya Pack promosi bawa pulang (takeaway) atau secara penghantarand engan harga bermula dari RM98.

View this post on Instagram

A post shared by KyoChon 1991 Malaysia (@mykyochon)

Ada dua pakej yang ditawarkan iaitu:

  • Raya Krunch Pack A – Wingette & Drummette
  • Raya Krunch Pack B – Boneless Chicken Bite
image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Ini Senarai Promosi Ditawarkan KyoChon Pada Bulan Mac, Siap Ada Combo Untuk Ramadan!