[Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

EntertainmentMovie
6 May 2026 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Filem aksi tempatan yang dinanti-nantikan, Tarung: Unforgiven, akhirnya bakal menemui penonton di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Filem arahan Razaisyam Rashid ini membawa naratif yang lebih ‘deep’, bukan sekadar aksi di gelanggang, tapi simbolik kepada kehidupan itu sendiri yang penuh cabaran dan pilihan.

Mengangkat tagline “kau cuma ayam sabung”, cerita ini berkisar tentang Hatta, lakonan Mierul Aiman seorang bekas juara silat yang diburu masa silamnya ekoran satu tragedi hitam.

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran untuk bertarung di gelanggang haram dan tanpa sedar lawan yang menanti adalah Isa (Aedy Ashraf) yang merupakan sahabat lama yang kini menjadi musuh akibat dendam.

Dari segi penceritaan, Tarung: Unforgiven bukan hanya padat dengan aksi, tapi juga sarat dengan emosi, hasil tulisan Amar Amir dan Razaisyam Rashid sendiri.

Lebih menarik, selain Mierul Aiman dan Aedy Ashraf sebagai teraju utama, filem ini turut dibarisi pelakon-pelakon berkaliber seperti Bront Palarae dan Zul Ariffin 

Tidak dilupakan juga barisan pelakon lain seperti Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan ramai lagi turut menyumbang kepada kekuatan keseluruhan naskhah ini.

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Review kami tentang Tarung: Unforgiven

Baru-baru ini kami sempat hadir ke tayangan perdana gala dan sejujurnya filem ni “deliver” dari segi pengalaman sinematik, terutama audio dan visual dia yang memang padu. Dengan teknologi Dolby Atmos, memang rasa macam kita sekali dalam gelanggang.

Dari segi cerita, filem arahan Razaisyam Rashid ni bawakan kisah Hatta, bekas juara silat yang terpaksa kembali ke dunia pertarungan demi menyelamatkan kakaknya, lakonan Sharifah Sakinah. Konflik jadi lagi menarik bila dia terpaksa berdepan dengan sahabat lama sendiri.

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Plot dia memang ada emosi, ada konflik dalaman, dan ada elemen “redemption” yang kuat. 

Tapi sejujurnya, jalan cerita dia agak predictable, jenis yang korang boleh agak apa jadi next, especially untuk yang selalu tengok genre aksi-drama macam ni.

Walaubagaimanapun kekuatan utama filem ni terletak pada execution.

Lakonan daripada Mierul Aiman sebagai watak utama nampak convincing, manakala Aedy Ashraf pula berjaya bawakan karakter yang lebih kompleks.

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Kehadiran nama besar macam Bront Palarae dan Zul Ariffin memang tambah lagi intensity dalam filem ni.

Image from: [Review] ‘Tarung: Unforgiven’ Gegar Pawagam 7 Mei Ini, Angkat Naratif Kehidupan Adalah ‘Gelanggang’ Sebenar

Bab aksi pula memang tak mengecewakan, brutal, intense dan rasa real. Cuma satu je kekurangan bagi kami yang agak ketara, kamera masa scene lawan dalam ring agak shaky sebab nak ikut movement karakter. Ini membuatkan ada beberapa babak yang jadi sedikit susah untuk difokus lagi-lagi bila aksi tengah peak.

Tapi kalau tengok overall, itu bukanlah dealbreaker besar.

Dari segi visual, sound design, dan vibe keseluruhan, filem ini berjaya bagi pengalaman yang immersive dan berbaloi untuk ditonton di pawagam.

Rating: 8/10

Ringkasnya, walaupun jalan cerita dia bukan yang paling fresh, filem ni tetap deliver dari segi aksi, emosi dan technical aspects.

Promosi filem ini juga akan diperluaskan menerusi siri jelajah bermula 8 Mei, meliputi beberapa lokasi di seluruh Malaysia termasuk Lembah Klang, Selatan, Utara dan Pantai Timur.Jadi untuk korang yang minat filem aksi tempatan dengan sentuhan emosi dan jalan cerita yang lebih matang, Tarung: Unforgiven mungkin antara yang wajib masuk watchlist bulan ini. Jangan lupa untuk ke pawagam berdekatan korang tau!

Trailer Tarung: Unforgiven

View Original Article