
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semakin menghampiri minggu terakhir bulan Ramadan ini, mungkin ada di antara korang yang sudah muak dengan makanan Melayu atau pun nasi putih kan?
Terkenal dengan aroma kopi dan menu bermusim yang pelbagai, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) turut memeriahkan Ramadan kali ini dengan bermacam-macam hidangan daripada snek, manisan, makanan berat hinggalah ke minuman yang mengiurkan.
Lebih syok lagi, CBTL turut menawarkan beberapa makanan western yang diolah mengikut cita rasa tempatan sebagai contoh piza dengan rasa aromatik ayam percik. Macam sedap kan?
The Coffee Bean & Tea Leaf Tawar Promosi Ramadan Serendah RM38 Untuk 3 Jenis Menu
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, CBTL tampil dengan beberapa promosi dan yang paling berbaloi untuk penulis adalah promosi ‘Break-fast Deals’ yang mana korang boleh dapatkan satu makanan, satu minuman dan satu pencuci mulut dengan harga RM38 sahaja!
Bukan itu sahaja terdapat juga promosi ‘Bagel Bundle’ dan juga ‘Ready Brew Bandung Lychee Bundle’.
‘Break-fast Deals’ RM38 (pilih salah satu bagi setiap kategori):
- Ayam Percik Pizza atau Black Pepper Chicken Sandwich
- Iced Golden Citrus Tea (16oz) atau Iced Mango Elderflower Tea (16oz)
- Pull Me Up Cake Dutch Chocolate with Ube Crème Crown atau Mango Pulut Hitam Cake atau Walnut Kurma Cake
Bagel Bundle RM33.90 (pilih tiga jenis bagel):
- Toasted Ketayap
- Poppy Seed
- Pepperoni
- Jalapeno
- Matcha
- Onion
Ready Brew Bandung Lychee Bundle RM38:
- Daripada bundle ini, korang akan dapat dua botol minuman 700 ml berperisa Bandung Lychee
Reviu Menu Musim Ramadan CBTL
Malah penulis juga berkesempatan untuk mencuba sendiri beberapa menu baharu daripada promosi RM38, iaitu:
- Ayam Percik Pizza
- Mango Pulut Hitam Cake
- Iced Mango Elderflower Tea
Alang-alang dah sampai ke sana, kami add on juga Pull Me Up Cake Dutch Chocolate dan juga Chocolate Banofee.
Ayam Percik Pizza (9/10):
Piza ayam percik ini lengkap dengan rasa masin dan lemak yang cukup daripada ayam dan juga keju tarik. Bagi penulis, topping ayam yang juicy itu banyak dan cukup untuk setiap suapan.
Korang mesti pernah rasa ayam percik yang dijual dekat bazar tu kan? Hah macam itu jugalah rasa sosnya. Rasa smokey, masam sikit tetapi tidak begitu pedas.
Buat korang yang pertama kali nak cuba piza dari Coffee Bean, doh rotinya lebih kepada jenis yang nipis. Tips dari penulis, minta pinggan lebih dari staf sebab mungkin korang akan makan bersepah disebabkan sos yang banyak atas piza tu.
Iced Mango Elderflower Tea (7/10):
Untuk Iced Mango Elderflower Tea pula, penulis rasa ia agak manis. Tetapi buat korang yang memang mencari minuman yang manis atau ‘sweet-tooth’, memang sesuailah minuman teh ni.
Rasanya padan dengan piza ayam percik itu kerana seimbang di antara rasa manis dan juga savory.
Mango Pulut Hitam Cake (6/10):
Beralih ke hidangan nombor tiga pula iaitu Mango Pulut Cake. Terdapat lima lapisan berbeza untuk kek tersebut, dan setiap lapisan memberikan rasa yang berlainan. Dua lapisan teratas merupakan krim mangga.
Malah korang boleh rasa juga gigitan mangga kecil di antaranya. Rasanya memang manis.
Ia kemudiannya dilengkapi dengan lapisan pulut hitam yang nipis dan juga kek span berwarna hijau di bawahnya. Rasanya seakan-akan kelapa kerana penulis boleh merasakan tekstur kelapa parut.
Buat korang yang tidak berapa gemar dengan kelapa, mungkin ini bukan pilihan yang terbaik.
Chocolate Banofee (8/10):
Sesuai dengan namanya, penulis sendiri terkejut dengan betapa pekatnya rasa pisang dan coklat dalam minuman tersebut. Tambah pula dengan whipped cream, memang lagi ‘kaw’ minuman tu.
Minuman ini lebih kepada rasa lemak manis, dan bukannya refreshing. Sedap!

Pull Me Up Cake Dutch Chocolate (9.5/10):
Yang ni memang favourite penulis. Sedap betul ya! Rasa creamy dan kaya dengan coklat. Rasa seakan-akan brownies tapi lebih lembut dan moist. Bukan setakat itu, korang juga akan dapat Ube Crème Crown. Tidak terlampau manis, dan sesuai dimakan bersama kek.
Lagi best, krim tu berwarna ungu! Memang aesthetic kalau nak post dekat Instagram Story.
Secara keseluruhannya, penulis rasa promosi bundle RM38 tu memang betul-betul berbaloi. Jika beli ala-carte ia boleh mencecah hingga RM50.
Berikut antara menu-menu istimewa Ramadan lain yang korang boleh dapatkan di CBTL:
- Nasi Lemak Burger
- Black Pepper Chicken Sandwich
- Shrimp Cracker Salad
- Chicken Mushroom Ciabatta Twist
- Pistachio Brownie Cheesecake
- Pandan Coconut Cake For Two
- Mini CBTL Tiramisu
- Salted Egg Croissant
Untuk info, korang boleh dapatkan promosi ini dari jam 5 petang dan ke atas. Selamat mencuba!



