Reviewer Makanan Ini Beri Rating Tertinggi Untuk Ramen Popular Di Kuching

18 Sep 2024 • 8:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara rating paling tinggi untuk kategori ramen di seluruh Malaysia

Reviewer Makanan Ini Beri Rating Tertinggi Untuk Ramen Popular Di Kuching. Seorang reviewer makanan Malaysia, Jason Chen atau dikenali sebagai @jcinthehizzay di Instagram atau @scaredtodie di platform TikToknya, telah mengejutkan ramai penontonnya apabila beliau memberikan rating yang rare kepada sebuah restoran ramen popular di Padungan, Kuching.

Restoran Makino Kochi atau dahulunya dikenali dengan nama Himawari Ramen adalah persinggahan terakhir Jason sewaktu kunjungannya ke Kuching baru-baru ini. Dalam video tersebut, beliau telah tiba di hadapan restoran berkenaan tepat 2 minit sebelum restoran tersebut dibuka.

image is not available
Reviewer Makanan Ini Beri Rating Tertinggi Untuk Ramen Popular Di Kuching. Sumber: TikTok @scaredtodie

Reviewer makanan tersebut telah memesan menu Toriniku Kankitsurui Abura Soba Hikari dan Spicy Sour Gyuniku Paitan Ramen. Masing-masing mendapat rating yang 8.9 dan 9.6, yang mana sesuatu yang sangat rare diberikan oleh Jason memandangkan beliau sangat kritis dalam pengadilan rasa untuk setiap restoran yang dikunjunginya.

Netizen juga berpendapat bahawa rating Jason yang melebihi angka 9 pastinya adalah restoran yang berbaloi untuk dirasai dan dikunjungi

Dalam ulasannya, Jason menyebut bahawa tekstur mi ramen di Makino Kochi adalah springy, yang mana adalah sesuatu yang menyenangkan untuk dimakan. Beliau juga memuji rasa rumpai laut yang dimasak dengan cara yang lain daripada yang lain, menambahkan rasa berkrim kepada mi ramen selain rasa daging yang lembut. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa daging tersebut akan lebih enak sekiranya rasa perapan lebih menyerap ke dalam daging.

@scaredtodie

after sainah cafe we went straight to himawari ramen on our flight day. it was my third try coming here, twice it was sold out #jasonfoodreview #malaysiafood #foodreview #makanlokal #scaredtodie #sarawakfoodie #kuchingfood

♬ original sound – Jason – Jason

Video tersebut telah dimuat naik di Instagram dan TikTok, dan telah mendapat perhatian daripada penonton dari seluruh Malaysia. Malah, ramai yang meluahkan hasrat untuk mencuba ramen di restoran berkenaan sekiranya berkesempatan ke Kuching.

Dalam perkembangan terkini, restoran ini juga memuat naik notis penutupan sementara pada 24 dan 25 September 2024 untuk tujuan naik taraf berfasa untuk tujuan mendapatkan pensijilan HALAL.

Setelah menonton video Jason ini, pasti ramai yang terliur dan teringin nak merasa bagaimana rasa ramen dengan rating tinggi daripada reviewer ini. Legit ke tak legit? Sebab tulah anda kena datang ke Kuching, Sarawak!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan tentang restoran ini