
Infinix adalah satu jenama telefon yang jarang-jarang menduduki tempat dalam tajuk berita media-media arus perdana. Tapi mereka sudahpun bertapak di Malaysia sejak 2017 lagi. Ada macam-macam telefon mereka telah tawarkan dalam pasaran Malaysia dan kebanyakannya berada dalam kategori harga mampu milik.
Salah satu telefon baharu yang telah mereka lancarkan adalah dalam bulan Oktober 2022 lalu namanya Infinix Note 12 (2023). Kami ada terbitkan video reviu telefon itu tahun lepas dan ini adalah versi bertulisnya.
Rupa Paras Infinix Note 12 (2023) daripada luar
Infinix Note 12 2023 mengguna pakai rekaan kuboid bersisi tajam, sama seperti rekaan generasi sebelumnya. Sebelum ini kita sudah ada Note 12 G88 kemudian Note 12 G96.

Di belakang, sebahagian besarnya menggunakan kemasan matte tapi ada bahagian yang ada kemasa berkilat dan disitu juga ada komponen kamera yang berada di dalam modul berbentuk bulat.

Di bahagian depan, Infinix Note 12 2023 ada paparan sebesar 6.7". Panel paparannya menggunakan teknologi AMOLED dan jarang-jarang telefon paras harga sebegini dibekalkan AMOLED. Kalau di panel paparan dah makan bahagian kos yang tinggi, jangkakan kompromi dilakukan di bahagian-bahagian lain.
Walaupun telefon ini boleh menggunakan teknologi pengimbas cap jari disebalik paparan, pengeluar berkeputusan untuk menggunakan pengimbas yang disekalikan dengan butang kuasa. Ia sangat pantas dalam membaca cap jari.

Selain cap jari, pengenalan biometrik lain yang boleh digunakan adalah wajah. Suka saya laporkan yang ia juga pantas dalam mengenal pasti pemiliknya.
Sebelum saya terlupa, Infinix Note 12 2023 juga dilengkapi cip NFC. Maknanya, anda boleh topup kad Enhanced TNG anda menggunakan telefon ini. Malahan, ini antara telefon termurah yang ada fungsi ini. Anda tahu model lain yang sokong NFC pada harga ini? Kongsikan dengan saya.

Lain-lain perkara yang saya suka tentangnya, Infinix membekalkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W bersama-samanya.

Kemudian, ia ada speaker stereo dan juga jek audio 3.5mm untuk anda padankan dengan kelengkapan audio berkabel kegemaran anda. Dengan speaker stereo, bateri besar, dan skrin AMOLED, tentu best kalau gaming dengan phone ini.
Spesifikasi Infinix Note 12 (2023)

Prestasi Gaming Infinix Note 12 (2023)
Perlu diingatkan yang telefon ini tidaklah dihasilkan untuk mendapatkan kadar bingkai maksimum sewaktu bermain apatah lagi untuk cemerlang dalam ujian penanda aras. Dengan tanda harga yang dimilikinya, ia jadikan lebih ramai orang boleh bergaming.

Berbekalkan SoC Mediatek Helio G99, saya boleh mainkan permainan-permainan terkenal masa ini tanpa masalah tapi dalam tetapan rendah hinggalah medium. Perkara yang bagus tentang telefon ini untuk gaming adalah bateri gergasi yang dimilikinya buatkan sesi gaming jadi panjang tanpa perlu anda bermain di sebelah soket kuasa ataupun telefon senantiasa tertambat di telefon.

Saya jalankan permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang, Asphalt 9, Gensin Impact, Torchlight: Infinite.


Semuanya berjalan tanpa masalah, dengan syarat saya mainkannya dalam tetapan pertengahan dan bawah. Kalai tidak, kadar bingkai agak ketara bezanya berbanding saya mainkan di telefon gaming berspesifikasi tinggi. Secara keseluruhannya, telefon ini memang boleh digunakan untuk gaming.
Kamera 50MP cukup sifat
Kelengkapan mengambil gambar Infinix Note 12 (2023) adalah baik. Anda ada kamera utama 50MP dengan kamera sekunder 2MP untuk bokeh.

Di bahagian depan, anda boleh gunakan kamera 16MP untuk mengambil selfie.

Berikut adalah beberapa sampel daripada lensa telefon ini.









Kesimpulan
Infinix Note 12 (2023) adalah sebuah telefon yang cemerlang, pada paras harganya. Walaupun ia bukan yang terbaik dalam apa-apa kategori, sekurang-kurangnya sifatnya cukup dan boleh memenuhi keperluan telefon anda seharian. Golongan yang saya nampak sesuai gunakan telefon ini adalah seperti yang ada bajet kecil ataupun sebagai telefon sekunder.

Penghantar makanan ataupun pemandu perkhidmatan e-hailing juga sangat sesuai kerana baterinya yang besar serta resolusi paparan tinggi yang pamerkan peta pada kualiti tajam.
Tugas sebagai telefon "basahan" juga sesuai untuk diisi Infinix Note 12 (2023) buat anak-anak kecil yang suka tonton video kerana paparan besar dan speakernya yang kuat.
Kalau anda berminat untuk dapatkan Infinix Note 12 (2023) harganya adalah seperti berikut:
- RAM 8GB + Storan 128GB RM799
- RAM 8GB + Storan 256GB RM899



