Reza Rahadian Bangga Dapat Cium 15 Pelakon Wanita, Akui Ciuman Bersama BCL Paling Enak

Entertainment
3 Mar 2024 • 11:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
reza rahadian

Tipulah kalau nak kata masa buat babak ghairah tu, pelakon tak rasa apa-apa. Tak kisahlah berlakon sebagai suami isteri ke, pasangan kekasih ke atau ada babak yang bersentuhan antara pelakon lelaki dan wanita. Kalau ada pelakon yang kata, “kami hanya berlakon dan hanya mahu berikan sepenuh jiwa untuk jayakan babak itu”, cakap saja korang suka buat babak panas macam tu, kah! Macam kes Reza Rahadian ni lain sikit.

Reza dalam satu temu bual podcast berbangga dirinya dapat mencium 15 pelakon wanita termasuklah penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL). Siap kata kucupan bersama BCL adalah yang paling enak.

Reza Rahadian akui ciuman pertama adalah bersama BCL…

image is not available

Saya sudah melakukan babak bercumbu mungkin lebih 15 pelakon wanita yang berbeza. Babak bercium pertama saya adalah menerusi filem Habibie Ainun bersama BCL.

Walaupun bukan ciuman mengasyikkan tapi itu adalah kucupan pertama saya sepanjang bergelar pelakon. Kalau ditanya siapa paling enak, saya jawab BCL.

Reza bagaimanapun dikecam dan dituduh tidak menghormati arwah suami dan suami baru BCL kerana tanpa rasa malu mengaku suka mencium isteri orang kepada umum.

image is not available

image is not available

Kredit: Podcast Warung Kopi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.