“Rezeki ALAH bagi tahun ni.’ Izreen Azminda hamil anak keempat, warga maya titip tahniah

Entertainment
17 Feb 2024 • 1:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Izreen Azminda dalam satu hantaran berkongsi berita gembira kini hamil anak keempat.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

image is not available

“Alhamdulillah rezeki lagi ALLAH nak bagi tahun ni. Ali jangan teriak nak, awak pun dah nak jadi abang,” ujar aktres berusia 38 tahun itu.

DOA ITU SENJATA

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menitipkan doa kepada wanita yang tengah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

image is not available

“Bagi yang tengok gambar ni, kami doakan buat kamu semua pejuang-pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat kecil satu hari nanti insya-ALLAH. Doa itu senjata,” ungkap Izreen menerusi kapsyennya.

Dalam hantaran yang disertakan sekeping gambar bersama anak-anaknya, baby bump isteri kesayangan Ude itu jelas kelihatan.

image is not available

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan proses kehamilannya:

Alhamdullilah..Tahniah…nampak perut macam baby girl.’

‘Congrast sister

‘Tahniah ampa, semoga selamat semuanya

‘Tahniah sahabat, semoga dipermudahkan semuanya..aku nampk baby dalam perut tu senyum lebar.’

image is not available

Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Terdahulu, beliau pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!