Rezeki Anak, Bapa Bawa Pulang Alphard Hadiah Utama RXZ Members – “Kenapa Muka Tak Excited”

LocalPolitics
24 Aug 2025 • 5:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rezeki tak pernah salah alamat itulah ungkapan isteri kepada pemenang cabutan bertuah yang membawa pulang hadiah GrandPrize Toyota Alphard di RXZ Members 7.0 2025.

Bawa pulang Toyota Alphard

image is not available

Kenderaan mewah itu sah menjadi miliknya apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah sempena program Himpunan Motosikal RXZ Members 7.0 yang diadakan di Terengganu International Drag Strip Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, hadiah di sampaikan oleh Datuk Kamarudin Meranun (Co-Founded Of Air Asia) bersama Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada pemenang bertuah yang merupakan seorang bapa dipercayai berasal dari Pahang.

image is not available

Dalam perkongsian lain, isteri kepada pemenang bertuah Toyota Alphard tersebut menjelaskan, kereta itu merupakan rezeki berkat suaminya kerana taat kepada perintah Allah.

“Alhamdulillah, rezeki anak hari jadi 24/8. Berkat amalan dia yang selalu solat tahajud malam-malam, solat di masjid, baik dengan mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Boleh hafaz Al-Quran.

“Tak sia-sia pergi setiap tahun, rezeki tak pernah salah alamat,” katanya di TikTok, semalam.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen kerana ada yang mendakwa lelaki itu dilihat seolah-olah tidak gembira ketika nombornya dipanggil sebagai pemenang utama cabutan bertuah.

Namun ada juga yang mendakwa lelaki itu seorang yang pendiam dan mengucapkan jutaan tahniah atas rezeki tuhan yang tidak disangka itu.

Kenapa tak excited?

image is not available

Dia pemalu dan pendiam

image is not available

Tuhan pilih dia

image is not available

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, selama dua hari.

Difahamkan, peruntukan itu bertujuan menyuntik semangat penganjur untuk terus menganjurkan aktiviti sukan permotoran yang memberi impak ekonomi serta memperkukuh silaturahim.

Sumber: Facebook Boss Shukex