Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata keenam

Entertainment
8 Dec 2022 • 1:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKTRES Ayu Raudhah kini hamil anak keenam, selepas setahun melahirkan anak kelimanya Mei 2021.

Berita gembira itu disampaikan suaminya, pemain bola sepak Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak menerusi Instagram.

Zaquan menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Ayu Raudhah sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38. Tidak hanya itu Zaquan turut menunjukkan kit ujian kehamilan yang positif.

image is not available

“Selamat hari jadi sayangku. I doakan ALLAH makbulkan segala doa you. You seorang isteri dan mummy yang hebat. Tidak ternilai pengorbanan dengan duit ringgit. ALLAH sahaja yang dapat balas pengorbanan. I love you till jannah sayangku. Gambar terakhir itu hadiah I yang tak seberapa dengan you,” titip Zaquan.

image is not available

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar kemudian membalas ‘Terima kasih suamiku sayang.’

Warga maya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan proses kehamilan adik kepada pelakon Rozita Che Wan itu berjalan lancar.

image is not available

– “Happy birthday, best nya anak ramai. Meriah.”

– “Alhamdulilah rezeki hadiah hari jadi. Selamat hari lahir Ayu yang sentiasa cantik jelita.”

– “Barakallahu fii umrikk Ayu. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga syurga dan moga selamat menimang cahaya mata lagi, masya-ALLAH.”

– “Seronoknya! Moga ALLAH permudahkan urusan bersalin. Rezeki mencurah, saya gembira untuk anda berdua.”

– “Masya-ALLAH anak hendak masuk enam maintain ‘gorgeous’! Semoga diperluaskan rezeki, kekal berbahagia hingga jannah.”

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser ,9, Muhammad Aisy Arya, 8, Laura Zuleykha, 5, Muhammad Aisy Al-Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al- Jibreel, 19 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.